Pages

Friday, March 11, 2011

kehilangan seowg abg...=(

ini hanya aku copy dr slh seowg rakan kepada arwah... mnx share he..


 " Jeprol "..~!..itulah panggilan sahabat daripada teman2 nya...ramai yang ternanti-nantikan kedatangannya..kenapa?..pasti riuh rendah bila beliau ada..dengan gelak tawanya..lawaknya..bila aku nak bermula niaga petang hari..pasti dia antara yang terawal lepak di gerai aku...teringat gaya jalannya..memek mukanya yang angkuh tu ( nyatanya beliau bukan begitu)..dulu kami agak rapat kerana obsesnya pada helmet 'arai'..aku byk dijadikan rujukan..itu yang membuatkan kami rapat..teringat waktu kami berkonvoi ke Cherating..berderau darah bila dengar beliau kemalangan dihimpit kereta..niat nak bersuka ria akhirnya jadi tukang jaga barang...aish..calar balar seluruh badannya..kasihan melihat beliau tak sempat bersuka ria..tp apakan daya..

Dulu selagi azan subuh belum bergema..memang kat bt.4 tu je la dia ada..tp sejak akhir2 ni..selalu dia pulang awal ke rumah.." mak aku bising..ayah aku bising balik lambat" katanya..sebelum abangnya kahwin dia asik sibuk mengecat rumahnya..lepak minum mesti seluar kotor sebab baru abis mengecat...sampailah abgnya kahwin..selesai sudah tugas mengecatnya..rajinnya lain macam..

Fahmi adiknya bercerita...beliau memang sayang motornya..jarang dapat dipinjamkan pada orang lain..tp waktu kenduri kahwin abg sulung mereka..dia selalu meng'offer' kan motornya untuk digunakan...siap bg Fahmi pakai motor dia bawa balik ke Shah Alam..sangkaanya mungkin nak keluar motor baru la tu..tapi nyata meleset..masa kenduri beliau tak byk bunyi..apa yang disuruh dia lakukan..rajin lain macam..

Hari terakhir tu ramai yang perasan perubahan pada beliau..benda pelik2 je dia buat..kakak aku yang selalu dia sakat, tak pernah2 dia salam..hari itu dia salam..masa aku minta dia tolong hantarkan aku ke rumah sebentar..dia wat bodoh je dengan aku..kali kedua aku ulang lagi baru dia ada respon..masa kami nak ke kedai aku semula..dia ada berkata ada kawan2 'pahit' dengan dia..aku cakap biasalah..kawan2...tp aku anggap itu perbualan yg biasa..tp itulah yang terakhir aku dapat berborak dengan dia...habis bernaiga..aku berbasikal dengan rakan-rakan 'fixie' ke teluk kemang..aku..jeran..waqi..kami bertiga jalan2 cari angin..dalam pukul 3 pagi kami sampai balik ke bt.4..aku cakap aku nak berasur pulang dlu..jeran dan waqi kata nak lepak dlu..balik rumah..tengok tv jap..mandi..tak sampai 10 minit  lelap, jeran call..macam nak gugur jantung rasanya bila dengar " pendi dah meninggal..dia accident.."..~ ..mengucap panjang aku...tak fikir panjang terus aku bersiap dengan mata merah sebab sakit mata yg amat...amik rafiq..jeran..kami terus bergerak ke hospital..masa perjalanan pulak 'diganggu' lagi..aish..musibah..sampai di hospital tengok dah ramai rakan2 yang tunggu di kawasan hospital..mengikut apa yang didengar...arwah terbabas dan motosikalnya melanggar pokok..tiada saksi..itu yang menjadi masalahnya kami nak mendapatkan cerita yang sebenarnya..pak 'guard' yang paling dekat dengan kawasan kemalangan pun hanya nampak arwah dah terlentang atas jalan..hanya dengar dentuman kuat..itu je..

Di rumah arwah sudah ramai yang menunggu dari pagi..kami semua berkumpul di rumah arwah untuk menunggu jenazah tiba di rumah dari hospital..sekitar pukul 12 tengahari..jenazah tiba..rasa hiba,sayu,terkilan...semua ada..sebak melihat ibunya yang betul2 hilang arah..langsung tidak boleh bersuara..wajah bapa arwah sangat tenang..luaran mungkin dapat menerima..tetapi di hati hanya Tuhan saja yang tahu..tak sanggup melihat wajah2 ahli keluarganya yang lain..sedih...rumah arwah penuh sesak sampaikan kami berasak-asak nak lihat wajah arwah yang terakhir..

Aku terus ke masjid untuk solatkan jenazah..terasa kecil aku di situ penuh dengan dosa2..aku insaf..selepas selesai solat jenazah kami terus bergerak ke kubur...di kubur aku agak lewat sebab nak cari parking....tiba lepas jenazah dikebumikan..talkin pun baru bermula..Bukhari terkilan tak sempat tengok wajah arwah buat kali terakhir...di kubur akhirnya tewas juga kami semua ...walaupun talkin sudah selesai..semua hadirin sudah pulang termasuk ahli keluarganya..tetapi rakan-rakan ku tak berganjak dari kuburnya..MasyaAllah..tak dapat diluahkan betapa sedihnya kami semua kerana pemergiannya..gugur juga air mata ni..masih tak percaya seorang sahabat yang selama ni riang..menggembirakan rakan2 lain tinggalkan kami selama-lamanya...sampaikan aku terdengar beberapa orang yang sedang membersihkan kubur " ai..kawan2 dia ni taknak balik lagi ke?..orang lain dah balik dah"..dalam hati aku berkata..inilah yang dinamakan sahabat sejati...ada rakan2 yang terkilan sebab tak sempat lihat wajah arwah buat kali terakhir...takpelah..kita Redha je...

Zafrul Efendy...engkaulah antara sahabat yang terbaik yang pernah kami jumpa..kami rindu gelak tawamu..gaya jalanmu..memek mukamu..segalanya kini hanya tinggal kenangan..kami semua sahabat2 akan terus mendoakan mu..semoga rohmu dicucuri rahmatNya..~..amin..AL-FATIHAH...-5/3/2011

No comments: