Pages

Friday, March 11, 2011

5 march 2011

 BAGAN PINANG – Hajat seorang lelaki untuk melapor diri dan memulakan kerja di Jabatan Perdana Menteri tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan, di sini awal pagi semalam.

Mangsa, Zafrul Effandi Mohani, 25, sebelum ini ada memohon kerja di jabatan itu, bagaimanapun dikatakan belum menerima surat tawaran.

Namun, Sinar Harian difahamkan, mangsa bakal mengikut sepupunya ke Putrajaya, malam semalam untuk persia-pan melaporkan diri, Isnin ini.

Sebelum kejadian mangsa yang juga anak kedua daripada lima beradik dikatakan makan malam bersama keluarganya sekitar jam 8 malam sebelum meminta izin keluar bertemu rakan dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian berlaku di kilometer 5.9 Jalan Pantai, Port Dickson dan mangsa yang cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi, semalam ketika mangsa dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya di Taman Dato’ Haji Abd Samad.

“Siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Batu 4 ke Port Dickson hilang kawalan sebelum terbabas ke arah bahu jalan.

“Ketika kejadian mangsa terseret bersama motosikalnya sejauh kira-kira 20 meter sebelum terhantuk sebatang pokok yang juga terdapat di bahu jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Baljeet berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerja di sebuah hotel berdekatan yang curiga dengan bunyi motosikal tersebut.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga tengahari, semalam,” katanya.

No comments: